Perarakan Dataran Merdeka: Polis rekod keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang
Dewi Nur Harasha Alias
Ogos 10, 2021 12:56 MYT
Ogos 10, 2021 12:56 MYT
GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berhubung siasatan kehadiran Ahli Parlimen ke perarakan Blok Pembangkang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu.
Menurut Kon Yeow, pegawai PDRM dari Ibu Pejabat Dearah (IPD) Timur Laut hadir ke pejabatnya di Komtar pada pukul 10 pagi tadi.
Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Tanjong memberi keterangan kepada pegawai polis selama 45 minit.
"Saya telah selesai memberikan kenyataan kepada polis berhubung siasatan kehadiran Ahli-Ahli Parlimen kira-kira jam 10 pagi tadi" kata Kon Yeow.
Siasatan dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sementara itu, difahamkan beberapa Ahli Parlimen dari Pulau Pinang juga dijangka memberi keterangan berhubung perkara sama hari ini dan esok.
#Ketua Menteri
#Ketua Menteri Pulau Pinang
#Chow Kon Yeow
#keterangan
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#perarakan Blok Pembangkang
#perarakan Dataran Merdeka