Perang judi haram... siapa yang terasa, terasalah - Musa

Wan Syamsul Amly
Julai 7, 2014 11:34 MYT
Perang judi haram...siapa yang terasa,terasalah - Gambar fail
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta semua anggota yang terlibat di dalam pasukan elit khas untuk memerangi judi efisien di dalam tanggungjawab yang akan diberi kelak.
Ujarnya, kejayaan pasukan itu dapat menghapus persepsi masyarakat sekali gus mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap amanah berkenaan.
Di dalam laman sosial Tweetnya, Musa menasihatkan pihak berkuasa supaya tidak merosakkan undang-undang yang digubal untuk menjamin keselamatan negara.

If the authorities becomes a law breaker, it breeds contempt for law, it invites every man to become a law unto himself; it invites anarchy.

— Tan Sri Musa Hassan (@TSMusaHassan) July 6, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ujarnya, ketegasan setiap anggota di dalam setiap kes harus diberi tempat utama selain nilai-nilai integriti yang tidak boleh diganggu-gugat dengan sebarang anasir negatif yang bakal menghancurkan institusi keselamatan itu sendiri.

In a corrupt society those who r honest n subscribe to integrity r not favoured compared to those who can compromise 4 their common benefit.

— Tan Sri Musa Hassan (@TSMusaHassan) July 6, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Ahad, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan elit khas yang akan ditubuhkan untuk memerangi kegiatan judi haram bakal memiliki keanggotaan dua kali ganda berbanding Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting).
Katanya, pasukan itu juga akan mempunyai kuasa dan peranan seperti pasukan polis dan cekap serta terlatih dari segi operasi.
Tambah Zahid, skuad itu akan ditubuhkan sebaik sahaja kementeriannya mencapai persetujuan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam soal pelantikan keanggotaannya.
Musa turut melahirkan harapan penubuhan skuad ini dapat memberi 'sengat' baru kepada pasukan keselamatan negara.

Dgn penubuhan squad khas menangani kegiatan haram mesin judi msyarkt berharap pgtkuasa mempunyai sengatan dn azam baru tangani gejala ini.

— Tan Sri Musa Hassan (@TSMusaHassan) July 6, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, ketika ditanya pendapat terhadap keyakinannya terhadap skuad baru kegiatan judi haram berkenaan dan kaitan tiga Tweet mengenainya dengan barisan pasukan keselamatan negara hari ini, ini katanya;
`"Siapa yang terasa...terasalah,"
#judi #KDN #Musa Hasan #polis
;