Perang fesyen 'RTW' Aidilfitri bermula

Zaihani Mohd Zain
Mac 8, 2019 20:57 MYT
SEKALIPUN Ramadan belum bermula, namun pesta fesyen Aidilfitri sudah mula diraikan. - Gambar Instagram @gayakoleksiraya
DUNIA fesyen tempatan sekarang sudah mula rancak dengan pertunjukkan-pertunjukkan fesyen sempena sambutan Aidilfitri.
Trend fesyen Ready To Wear (RTW) raya mula diperkenalkan kepada pengguna dan pembeli di Malaysia pada tahun 2012 oleh pasaraya Tesco Malaysia melalui kolaborasi dengan pereka terkenal tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim.
Sudah lapan tahun kita disajikan fesyen raya oleh pereka-pereka terkenal dengan harga yang berpatutan.
Setiap tahun acara fesyen RTW raya dinantikan oleh penggiat-penggiat serta peminat fesyen.
This is where it’s worrying sebabnya berdasarkan pemerhatian saya, tiada peningkatan dari segi rekaan.
Basically kebanyakan rekaan yang ditawarkan setiap tahun sama saja, kecuali tiga atau empat pereka yang saya perhatikan berusaha bersungguh-sungguh memberi kelainan setiap tahun.
Majoritinya bila ditanya kenapa tiada kelainan, jawapan mereka: "Oh itu yang pembeli hendak."
Saya tertanya sendiri benarkah itu yang dikehendaki pembeli?
Sebagai pereka, kita sepatutnya ‘mendidik’ pembeli-pembeli kita dengan rekaan baharu.
Kalau kita letakkan diri kita di bawah 'telunjuk' pembeli, apa agaknya akan terjadi?
Impaknya bukan terhadap pembeli, sebaliknya, terhadap pereka itu sendiri.
Tiada cabaran baharu, minda akan ‘bekerja’ pada tempo yang sama.
Tiada idea baharu, makin lama minda akan makin ‘mengecut’.
And it goes on and on and on. Lama kelamaan, pereka akan menghadapi keadaan di mana mereka tidak dapat mengeluarkan idea baru lagi.
‘The mind, once stretched by a new idea, will never return to it’s original dimensions’ – Ralf Waldo Emerson
So, designers, the choice is yours. Inginkan jangka hayat yang panjang macam Karl Lagerfeld atau mencukupi glamour setahun dua saja?
Minggu fesyen raya sudah pun bermula. I am looking forward to be mesmerized by design choices presented by the designers.
Sebagai pembeli dan pengguna pula, jangan terperangkap dalam apa yang anda selesa selama ini.
Cabar diri anda, cuba siluet baharu, cuba warna baharu, cuba print baharu, keluar dari comfort zone anda.
Persembahkan kelainan pada Aidil Fitri 2019!

* Zaihani Mohd Zain merupakan pengulas dan pengkritik fesyen.

** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.

#Aidilfitri #fesyen #Kolumnis AWANI #Ready to Wear #Rizalman Ibrahim
;