Perancah besi runtuh: Pekerja binaan maut tertimbus di laluan projek LRT 3 di Klang

Afiezy Azaman
Julai 29, 2021 16:52 MYT
Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.41 petang, pada Khamis. - Foto: JBPM
KUALA LUMPUR : Seorang pekerja pembinaan warga Bangladesh maut tertimbus dalam insiden runtuhan perancah besi struktur pembinaan laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.41 petang, pada Khamis.
"Mangsa yang tertimbus berjaya dikeluarkan pada 4.20 petang namun disahkan telah meninggal dunia.
"Tiga lagi mangsa warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia masing-masing mengalami cedera ringan akibat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Norazam berkata kesemua mereka berusia lingkungan 30-an dan mangsa yang terselamat dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
#tertimbus #perancah besi #struktur pembinaan #runtuh #projek LRT #warga bangladesj #pekerja binaan maut #JBPM #bomba #penyelamat
;