Peralihan fasa PPN di Johor, Pahang mulai 8 Oktober
Faris Danial Razi
Oktober 6, 2021 18:35 MYT
Oktober 6, 2021 18:35 MYT
KUALA LUMPUR: Dua lagi negeri bakal beralih ke Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) seterusnya selepas setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkuat kuasa 8 Oktober (Jumaat) ini.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, negeri yang bakal beralih ke fasa seterusnya adalah melibatkan Johor yang beralih dari Fasa 2 ke Fasa 3, manakala Pahang pula beralih ke Fasa 4.
Jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini, kebenaran fasa PPN bagi negeri-negeri yang dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19.
Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 3 dan 4 adalah sama dengan sebelum ini.
Antara negeri-negeri yang berada dalam Fasa 2 PPN melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Sabah.
Manakala di bawah Fasa 3 PPN pula termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor, Melaka, Perlis, Terengganu dan Sarawak.
Negeri Sembilan, Pahang dan Labuan pula adalah di bawah Fasa 4 PPN.
Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman sesawang mkn.gov.my.