KUALA LUMPUR: Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), yang telah siap sepenuhnya, kini berada dalam tempoh liabiliti kecacatan dan perakuan akaun muktamad akan dikeluarkan setelah kesemua tuntutan bayaran akhir pihak Kontraktor Pakej Kerja (KPK) diperhalusi dan diperakui oleh pihak Turnpike Synergy Sdn Bhd, perunding dan KPK.
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (PLDASH) merupakan syarikat pemegang konsesi DASH manakala Turnpike adalah kontraktor utama yang dilantik oleh PLDASH untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan DASH.
PLDASH dan Turnpike merupakan anak syarikat milik penuh Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).
Dalam kenyataan pada Selasa, Prolintas berkata sebarang tuntutan, dakwaan tunggakan atau pertikaian akan diperhalusi melalui proses yang telah termaktub dalam kontrak di antara kesemua pihak termasuklah proses timbang tara di antara pihak Turnpike dan KPK.
"Kerja-kerja pembinaan DASH telah diagihkan kepada lapan KPK oleh Turnpike melalui proses tender terbuka. KPK selanjutnya melantik pelbagai sub-kontraktor dan pembekal bagi tujuan menyiapkan kerja-kerja pembinaan tersebut.
"Pihak Turnpike membuat bayaran kepada KPK selepas mendapat perakuan dan pengesahan daripada Perunding Jurutera Utama dan Perunding Juurukur Bahan (Perunding) melalui Sijil Perakuan Interim Pembayaran.
"Segala tuntutan daripada KPK disemak, diteliti dan disahkan melalui proses yang telus serta berpandukan terma-terma kontrak mengikut peratusan kerja yang disiapkan," katanya.
Prolintas berkata demikian merujuk kepada isu berkaitan dakwaan sub-kontraktor terdapat tunggakan bayaran sebanyak RM80 juta dalam menyiapkan projek Lebuhraya DASH.
Menurut syarikat, pihak Turnpike telah melaksanakan kewajipan sebagai kontraktor utama yang bertanggungjawab dengan membuat bayaran ke atas segala tuntutan yang diperakukan, disahkan dan dipersetujui bersama oleh KPK dan perunding tersebut.
Katanya pihak Turnpike juga telah mengambil pelbagai inisiatif dalam membantu KPK termasuk pembayaran dalam tempoh 30 hari berbanding terma kontrak 60 hari; pembayaran terus kepada sub-kontraktor tertakluk kepada kebenaran daripada KPK dan pembayaran dua kali sebulan untuk membantu aliran tunai KPK dan sub-kontraktor untuk melaksanakan pembinaan lebuhraya DASH dengan jayanya.
Sekiranya pihak sub-kontraktor atau mana-mana pihak mendakwa terdapat bayaran yang masih belum dijelaskan oleh pihak KPK, Prolintas berkata pihak sub-kontraktor tersebut sewajarnya merujuk kepada terma-terma kontrak di antara KPK dan sub-kontraktor tersebut bagi mencari jalan penyelesaian.
"Pihak Turnpike pada setiap masa komited untuk menyelesaikan sebarang isu dan pertikaian berpandukan terma-terma kontrak dan piawaian tadbir urus korporat yang telus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Prolintas berkata sebarang tuntutan, dakwaan tunggakan atau pertikaian akan diperhalusi melalui proses yang telah termaktub dalam kontrak.
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
PROLINTAS ambil maklum 'warga kerja' ditahan, komited kekalkan integriti
PROLINTAS ambil maklum beberapa warga kerja mereka ditahan reman oleh SPRM bagi membantu siasatan, kekal komited dengan integriti.
Teknologi terkini lebuh raya Prolintas pastikan keselesaan, keselamatan pengguna
Lebuh raya Prolintas juga mendapat penarafan mengikut Indeks Bangunan Hijau (GBI).
Kadar tol lebuh raya AKLEH, GCE, LKSA dan Kajang SILK turun 8 - 15 peratus
Pengurangan kadar tol ini membabitkan kenderaan Kelas Satu, Kelas Empat dan Kelas Lima di empat lebuh raya terbabit.
Tanggungjawab Prolintas bayar kontraktor DASH, SUKE, bukan kerajaan
KKR memaklumkan Prolintas adalah pemegang konsesi bagi kedua-dua lebuh raya tersebut.
Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam ini
Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini.
Papan tanda tambahan Lebuhraya SUKE akan ditambah baik
Papan tanda tambahan di persimpangan bercabang sepanjang Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang baharu beroperasi, akan ditambah baik agar tidak mengelirukan pengguna.
Operasi pembersihan perancah besi DASH dihentikan akibat hujan lebat - Prolintas
Datuk Mohammad Azlan Abdullah menjelaskan kerja-kerja pembersihan akan bersambung pada Isnin.
Tragedi kren SUKE: Prolintas patuh arahan LLM lantik juruadit bebas
Prolintas dan SUKE akan memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada juruaudit bebas tersebut dalam mengkaji punca sebenar kejadian.
Tragedi SUKE: Prolintas ambil tindakan tegas jika terbukti ada kecuaian
Prolintas memandang serius isu keselamatan awam dan pekerja di tapak pembinaan.
Konkrit hempap kereta: KKR arah tindakan tegas diambil
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata insiden itu tidak seharusnya berlaku dan KKR tidak berkompromi dalam soal keselamatan serta nyawa orang ramai.