Perak bimbang sekolah kembali ditutup

Sinar Harian
Februari 17, 2022 07:10 MYT
Saarani berkata, banyak laporan diterima sebelum ini ketika penutupan sekolah selama dua tahun ramai pelajar keciciran dalam pelajaran serta hilang fokus belajar. -Gambar fail/Bernama
IPOH: Kerajaan Perak mengharapkan sekolah tidak lagi ditutup akibat peningkatan kes COVID-19 bagi mengelak murid ketinggalan dalam pelajaran.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, banyak laporan diterima sebelum ini ketika penutupan sekolah selama dua tahun ramai pelajar keciciran dalam pelajaran serta hilang fokus belajar.
Menurutnya, ramai pihak yang bimbang jika sekolah kembali ditutup akibat COVID-19 akan menjejaskan guru dan pelajar.
"Saya juga dengar laporan ramai pelajar yang sudah tidak minat ke sekolah kerana ada yang sudah bekerja. Ini amat malang jika keadaan berterusan.
"Jadi saya nak ambil kesempatan ini untuk mengajak semua agar sentiasa berwaspada.
"Kalau sekolah tutup sekali lagi, pelajar akan keciciran," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Smart G-Tuisyen & Program Makanan Percuma Pelajar SPM, SPMV, STPM dan STAM 2021 di bawah Inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani di Hotel Casuarina@Meru, di sini pada Khamis.
Hadir sama pada majlis itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud.
Sementara itu, Saarani berkata, situasi penularan COVID-19 di institusi pendidikan dalam keadaan terkawal.
Menurutnya, sehingga ini tiada sekolah yang ditutup akibat penularan virus tersebut.
"Kuasa untuk menutup sekolah ini bukan kuasa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Kita turunkan kuasa kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
"Jika pegawai kesihatan daerah membuat perincian dan mendapati situasi berbahaya, dia ada kuasa untuk menutup.
"Tetapi setakat ini tiada sekolah. Bagi tujuan sanitasi sekolah itu lain, bukan ditutup," katanya lagi.
Dalam pada itu, merujuk laman sesawang COVIDNOW Kementerian Kesihatan (KKM), bagi bulan Februari sehingga kini terdapat 10 kluster pendidikan yang aktif di Perak dengan kes tertinggi dicatat oleh Kluster
*Berita asal di Sinar Harian
#Saarani Mohamad #sekolah tidak lagi ditutup #COVID-19 #murid ketinggalan dalam pelajaran
;