Peragut dijel enam bulan

Sinar Harian
Oktober 18, 2023 09:30 MYT
Wanita dipercayai mangsa ragut (kiri) cuba merakam wajah suspek setelah berjaya ditangkap oleh orang ramai pada Selasa. - Foto tular
KOTA TINGGI: Seorang lelaki yang ditahan polis atas kesalahan meragut dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, lelaki warga tempatan berusia 27 tahun itu ditahan ketika cuba meragut seorang wanita di sini pada Isnin lalu.
Menurut beliau, polis menerima laporan pada 16 Oktober lalu di mana seorang lelaki telah berjaya ditahan.
"Suspek kemudiannya dituduh di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Selasa dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam bangunan).
Pada Selasa, tular rakaman video di aplikasi TikTok berhubung insiden ragut berkenaan.
Video berdurasi 1:01 minit itu memaparkan seorang lelaki dipercayai suspek dipegang tiga lelaki sementara seorang wanita dipercayai mangsa ragut cuba merakam wajah suspek. - Sinar Harian
#peragut #hukuman penjara #Hussin Zamora #Mahkamah Majistret Kota Tinggi
;