Peragut beg tangan dibelasah orang ramai

Bernama
November 8, 2015 10:38 MYT
Peragut itu dicekup dan dibelasah orang awam, manakala beg tangan yang diragutnya itu dipulangkan kembali kepada mangsa.
Seorang lelaki dibelasah orang ramai kerana meragut beg tangan seorang wanita warga emas berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Hamzah, di sini, pada Sabtu.
Perbuatan suspek berusia 20-an bersama seorang rakannya itu disedari orang ramai yang kemudiannya bertindak mengejar mereka berdua.
Seorang daripada mereka berjaya dicekup dan kemudiannya dibelasah orang awam, manakala beg tangan yang diragutnya itu dipulangkan kembali kepada mangsa.
Seorang lagi rakan suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri dan meninggalkan motosikal di lokasi kejadian.
Mangsa warga emas terbabit cedera ringan dan diberi rawatan di klinik berhampiran.
Peragut yang lemah akibat dibelasah itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
#beg tangan #belasah #peragut #warga emas
;