Peperiksaan 'University of London' ditunda - Kementerian Pendidikan

Bernama
April 26, 2018 18:55 MYT
Calon peperiksaan yang terlibat dikehendaki menyemak Notis Kemasukan calon yang telah dikemas kini oleh University of London bagi memastikan jadual dan tarikh peperiksaan terkini.- Gambar hiasan
PEPERIKSAAN University of London yang dijadualkan pada 9 Mei ini di enam pusat peperiksaan di enam negeri ditunda ke satu tarikh lain berikutan tarikhnya sama dengan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon peperiksaan yang terlibat dikehendaki menyemak Notis Kemasukan calon yang telah dikemas kini oleh University of London bagi memastikan jadual dan tarikh peperiksaan terkini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 April sebagai hari penamaan calon, pengundian awal pada 5 Mei dan 9 Mei sebagai hari mengundi bagi pilihan raya umum kali ini.
-- BERNAMA
#Kementerian Pendidikan #Malaysia Memilih #MalaysiaMemilih #peperiksaan #pilihan raya #pilihan raya umum #PRU14 #University of London
;