Taman Persisiran Ipoh atau lebih dikenali sebagai People’s Park yang terletak di tengah-tengah bandaraya ini sekali lagi menarik perhatian warga Ipoh apabila ia didakwa menjadi sarang seks golongan lelaki homoseksual pada waktu malam.
Lebih menjijikkan, golongan tersebut yang mula muncul di taman itu selepas jam 10.30 malam turut menawarkan perkhidmatan seks dengan harga serendah RM35 kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya.
Menurut seorang penduduk sekitar taman itu yang hanya mahu dikenali sebagai Steven, 52, kegiatan berkenaan didakwa mula berlaku sejak tahun lalu.
“Mereka ini bukan baru ada sini..sudah lama lah ada..mereka pandai, kalau orang tak kenal datang (mencurigakan) atau polis mereka akan lari ikut belakang taman.
“Saya pernah nampak mereka buat “kerja” dua kali dah, sekali di bilik kosong belakang taman itu dan sekali lagi di lorong gelap tepi taman itu,” katanya ketika ditemui di sekitar taman berkenaan baru-baru ini.
Tinjauan Astro AWANI di taman itu baru-baru ini juga mendapati memang wujud beberapa individu mencurigakan di taman berkenaan yang hanya berlegar-legar seolah-olah menunggu “pelanggan” dan ada juga yang duduk berpelukkan sesama sendiri tanpa rasa malu.
Sebaik melihat kehadiran wartawan serta jurugambar di taman itu, beberapa individu berkenaan telah berjalan dengan laju menuju ke arah belakang taman itu yang gelap manakala yang duduk berpelukan menjarakkan diri masing-masing.
Namun sebaik sahaja wartawan memasuki kereta dan beredar dari taman berkenaan, perlahan-lahan individu-individu tersebut muncul semula berlegar-legar. Perkara itu terjadi sebanyak tiga kali pada malam yang sama.
Seorang pekerja restoran, Osman Mahadi, 39 memberitahu suasana itu merupakan perkara yang biasa.
“Kadang-kadang dari tempat kerja saya datang sini duduk rehat sebentar sambil ambil angin, memang selalu nampak mereka ini.
“Saya tak pernah nampak mereka buat apa-apa tapi kadang-kadang kalau berpeluk atau berpegang tangan sesama sendiri memang biasalah,” ujarnya ringkas dan bersahaja.
Perkara ini sudah tentu membangkitkan 1,001 persoalan di kalangan warga Ipoh bagaimana taman yang dahulunya merupakan kebanggaan bandaraya ini kini seolah-olah menjadi sarang melempiaskan nafsu songsang individu-individu tidak bermoral.
Rata-rata warga negeri ini berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan selanjutnya terhadap isu ini memandangkan 2017 merupakan Tahun Melawat Perak dan Ipoh merupakan salah satu daripada tarikan pelancong bertaraf dunia.
Astro Awani
Thu Feb 16 2017
![People's Park Ipoh jadi sarang gay? People's Park Ipoh jadi sarang gay?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/41487246612_TamanIpoh.jpg)
People's Park menarik perhatian warga Ipoh apabila ia didakwa menjadi sarang seks golongan lelaki homoseksual pada waktu malam. - Gambar Astro AWANI
![Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718249777_KesZaynRayyan.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
![Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222558_abdullahsaidol.jpg)
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
![Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
![Jurutera IT didakwa buat hantaran jelik hina Islam Jurutera IT didakwa buat hantaran jelik hina Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700545837_TBCourtHammer.jpg)
Jurutera IT didakwa buat hantaran jelik hina Islam
Sorang jurutera teknologi maklumat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membuat hantaran jelik menghina agama Islam berhubung homoseksual.
![Johor catat 494 kes HIV, 244 kes AIDS sehingga minggu epid 24/2022 Johor catat 494 kes HIV, 244 kes AIDS sehingga minggu epid 24/2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643593201_VACCINE.jpg)
Johor catat 494 kes HIV, 244 kes AIDS sehingga minggu epid 24/2022
Johor Bahru melaporkan kes HIV baharu tertinggi iaitu 122 kes.
![Singapura akan mansuh larangan hubungan seks sejenis - Hsien Loong Singapura akan mansuh larangan hubungan seks sejenis - Hsien Loong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657373663_leehsienloong.jpg)
Singapura akan mansuh larangan hubungan seks sejenis - Hsien Loong
Singapura merupakan negara terbaharu di Asia yang mengiktiraf hak homoseksual, selepas India, Taiwan dan Thailand.
![Cacar monyet: Jangkitan semakin perlahan di Kanada Cacar monyet: Jangkitan semakin perlahan di Kanada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659501160_Monkeypox.jpg)
Cacar monyet: Jangkitan semakin perlahan di Kanada
Kanada merekodkan 1,059 kes cacar monyet setakat Rabu lalu.
![Dasar Rahmatan Lil Alamin berpaksi kepada model Malaysia - Mujahid Dasar Rahmatan Lil Alamin berpaksi kepada model Malaysia - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571188087_TBMUJAHID.jpg)
Dasar Rahmatan Lil Alamin berpaksi kepada model Malaysia - Mujahid
Beliau berkata, antara aspek yang turut merangkumi kepada penggubalan dasar berkenaan ialah Perlembagaan Persekutuan, kepelbagaian kaum, adat dan tradisi serta demokrasi Parlimen.
![Debat Piala Tun Razak: Penganjur perlu dikenakan tindakan tegas - Peguam Syarie Debat Piala Tun Razak: Penganjur perlu dikenakan tindakan tegas - Peguam Syarie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71571182098_KPMdebat.jpg)
Debat Piala Tun Razak: Penganjur perlu dikenakan tindakan tegas - Peguam Syarie
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, negara perlu dipelihara daripada pihak atau individu yang cuba menggugat keharmonian bangsa dan agama.
![KPM digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak KPM digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41571181817_KPMdebat.jpg)
KPM digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
Beliau turut meminta supaya pihak berkuasa agama dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji sama ada wujud perlakuan jenayah syariah dan sivil.
![Lelaki saman Apple, dakwa iPhone ubah dirinya jadi gay Lelaki saman Apple, dakwa iPhone ubah dirinya jadi gay](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71521733723_phonegeneric.jpg)
Lelaki saman Apple, dakwa iPhone ubah dirinya jadi gay
Tuntutan undang-undang tersebut difailkan di sebuah mahkamah di Moscow selepas dia tersalah menerima mata wang kripto 'Gaycoin' melalui aplikasi telefon pintar tersebut.
![Tidak jujur sejarah hubungan seks, lelaki 'tidak sedar' derma darah dijangkiti HIV Tidak jujur sejarah hubungan seks, lelaki 'tidak sedar' derma darah dijangkiti HIV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446634949_BloodDonation.jpg)
Tidak jujur sejarah hubungan seks, lelaki 'tidak sedar' derma darah dijangkiti HIV
Dia sebelum ini sudah menderma darah sebanyak lima kali tanpa sebarang masalah, namun tidak untuk kali keenam.
![Akaun Instagram papar komik lelaki Islam homoseksual ditutup Akaun Instagram papar komik lelaki Islam homoseksual ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41550102269_Instagram.jpg)
Akaun Instagram papar komik lelaki Islam homoseksual ditutup
Instagram telah menutup akaun bernama @Alpantuni berkenaan susulan laporannya atas pelanggaran peraturan media sosial itu.