Penyunting Bahasa Inggeris Bernama meninggal dunia akibat kanser
Bernama
Mac 1, 2023 11:44 MYT
Mac 1, 2023 11:44 MYT
KUALA LUMPUR: Penyunting Bahasa Inggeris Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Muharyani Othman, 68, meninggal dunia awal pagi tadi akibat kanser payu dara.
Adik Allahyarham, Norazuwa Othman berkata kakaknya meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi tadi di Institut Kanser Negara, Putrajaya selepas dimasukkan ke institut itu Ahad lepas.
"Kesihatan kakak saya semakin merosot sejak Khamis lepas dan mengalami kesukaran untuk bernafas, serta tidak lalu makan.
"Kakak saya seorang yang pemurah, suka bersedekah dan bertanggungjawab kepada keluarga. Arwah juga sangat happy go lucky tetapi pada masa sama beliau seorang yang tegas," katanya ketika ditemui Bernama di Masjid Al Mukminun, Subang Jaya di sini hari ini.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ22 sebelum solat Zohor.