Kira-kira 200 penyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkumpul di hadapan bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, malam tadi untuk menandakan solidariti bersama Presiden UMNO itu.
Kumpulan yang diketuai Presiden Pemantau Malaysia Baru Datuk Lokman Noor Adam mula berkumpul sejak pukul 8.00 malam dan antara mereka memakai baju kemeja-T berwarna jingga bertulis 'Lokap SPRM' bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap penahanan Ahmad Zahid oleh SPRM pada Khamis.
Turut serta dalam kumpulan itu ialah isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis dan anaknya Datuk Nurul Hidayah.
Dalam ucapannya Hamidah mendakwa Ahmad Zahid pernah ditawarkan supaya meninggalkan UMNO kerana parti itu dikatakan tidak lagi diterima rakyat dan patut dibubarkan, namun menurut beliau suaminya berkata selagi ada nyawa dia tidak akan meninggalkan atau menyerahkan UMNO kepada Pakatan Harapan.
Sementara itu, Lokman yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata penahanan Ahmad Zahid adalah satu cubaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk melemahkan dan memusnahkan UMNO.
"Apabila 'jeneral' UMNO ditahan, mereka mahu lihat kita (UMNO) akan lemah dan longlai. Mereka boleh tekan kita tetapi kita akan lawan, lagi kuat kita lawan demi UMNO," katanya.
Lokman juga mendakwa penahanan Ahmad Zahid dibuat kerana presiden parti enggan tunduk kepada desakan untuk membubarkan UMNO.
"Ada di kalangan pemimpin UMNO ditawarkan pihak tertentu dengan jawatan dan wang ringgit untuk meninggalkan UMNO," katanya.
Ahmad Zahid ditahan SPRM pada Khamis berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.
BACA: Ahmad Zahid enggan diikat jamin, rela bermalam di lokap SPRM
SPRM dalam kenyataannya memaklumkan Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
SPRM berkata Ahmad Zahid ditahan pada 3.15 petang di Ibu Pejabat SPRM di sini dan akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 8.00 pagi hari ini untuk pertuduhan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 18 2018
![Penyokong Ahmad Zahid berkumpul di SPRM Penyokong Ahmad Zahid berkumpul di SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61539899070_IsteriZahid.jpg)
Hamidah (tengah) ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Solidariti untuk Ahmad Zahid di hadapan Ibu Pejabat SPRM berikutan penahanan Presiden UMNO itu kira-kira jam 3.15 petang Khamis. --fotoBERNAMA
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737550434_ZahidHamidi.jpg)
Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.
![Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738402607_TBAHMADZAHID.jpg)
Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.
![Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738644957_tbZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.
![Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738583227_ParlimenZahidHami.jpg)
Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang
Ahmad Zahid dan Fadillah menjunjung titah Sultan Ibrahim bahawa Parlimen mesti berfungsi sebagai platform semak dan imbang.
![Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738336916_ZahidHamidi.jpg)
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738299476_getah.jpg)
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
![KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738272670_AhmadZahidHamidi.jpg)
KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung
Peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.
![Sambutan Tahun Baharu Cina lebih meriah, hasil hubungan erat Malaysia-China - Ahmad Zahid Sambutan Tahun Baharu Cina lebih meriah, hasil hubungan erat Malaysia-China - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738133539_AhmadZahidHamidi.jpg)
Sambutan Tahun Baharu Cina lebih meriah, hasil hubungan erat Malaysia-China - Ahmad Zahid
Persembahan formasi lebih 1,000 dron dari China menyinari langit di sekitar Menara Berkembar KLCC mencerminkan hubungan kukuh antara Malaysia dan China.
![Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738124578_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738065802_TBCNY.jpg)
Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni.