Penyelidik rungkai kekurangan penduduk di Danau Toba

Astro Awani
Jun 5, 2021 12:45 MYT
Letusan gunung berapi terbesar di Danau Toba, Indonesia antara 60,000 hingga 100,000 tahun lalu menyebabkan penurunan tahap ozon atmosfera dan sekali gus menyumbang kepada kekurangan populasi. - Foto NASA
INDONESIA: Letusan gunung berapi terbesar di Danau Toba, Indonesia antara 60,000 hingga 100,000 tahun lalu menyebabkan penurunan tahap ozon atmosfera dan sekali gus menyumbang kepada kekurangan populasi ketika itu.
Kajian dilakukan pakar penyelidik itu mungkin menjawab persoalan yang wujud dalam perdebatan antara saintis mengenai isu kepadatan penduduk di kawasan itu.
Pendedahan itu dibuat, Sergey Osipov, Penyelidik dari Max Planck Institute for Chemistry.
Penyelidik itu juga mempunyai rangkaian dengan Universiti Arab Saudi dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).
"Toba telah lama dianggap sebagai penyebab kepadatan penduduk, namun penyelidikan awal terhadap pemboleh ubah iklim suhu dan memberikan bukti konkrit mengenai kesan buruk pada manusia," jelas Osipov.
Letusan gunung berapi terbesar Danau Toba itu mengeluarkan gas dan abu menghasilkan lapisan aerosol yang menyekat cahaya matahari di stratosfera, sekali gus menyejukkan permukaan bumi.
Cahaya matahari yang terhalang menyebabkan kesan besar kepada bumi termasuk El Nino berpanjangan, lautan yang lebih sejuk, kegagalan tanaman dan penyakit.
#Danau Toba #Indonesia #letusan #gunung berapi
;