Pihak pendakwaan mendapati tiada bukti yang cukup untuk tindakan selanjutnya terhadap bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kes penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah yang dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata siasatan terhadap Mohd Shafie telah dijalankan menurut Seksyen 17a Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bermula 21 April tahun lalu.
"Kertas siasatan dibuka pada 21 April 2017 dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Peguam Kanan Persekutuan SPRM pada 23 Mei tahun ini.
"Setelah meneliti semua keterangan, pendakwa raya telah memutuskan pada 20 Jun tahun ini bahawa tiada pendakwaan diteruskan atau 'No Futher Action' (NFA) kerana bukti yang diperoleh tidak mencukupi bagi tindakan selanjutnya," katanya ketika sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang ingin tahu perkembangan terbaharu kes rasuah melibatkan Mohd Shafie.
Liew berkata siasatan berhubung dana kerajaan berjumlah RM1.5 bilion yang dijalankan ke atas Anggota Parlimen Semporna itu dijalankan secara telus dan tiada layanan istimewa diberikan kepada Mohd Shafie ketika siasatan dijalankan.
"Shafie ditahan SPRM pada 19 Okt tahun lalu. Siasatan awal dijalankan melalui temu bual di pejabat SPRM Kota Kinabalu dan pada masa sama saya difahamkan SPRM telah ke rumah Shafie dan memeriksa akaun beliau, tidak ada duit yang dijumpai seperti yang didakwa… apa yang penting, SPRM telah mengesahkan tiada bukti terhadap kes Shafie," katanya.
Menjawab soalan tambahan Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff sama ada layanan istimewa diberikan kepada individu tertentu berhubung siasatan kes ugutan jenayah terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Liew berkata siasatan terhadap kes tersebut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
"Undang-undang di negara ini adalah saksama kepada semua rakyat. Tidak ada 'special treatment' diberikan kepada sesiapa pun.
"Mengenai kes ugutan yang melibatkan bekas Ketua Menteri Sabah (Tan Sri Musa Aman), kita dapati ketika laporan dibuat oleh Yang Dipertua, beliau (Musa) telah meninggalkan negara dan kemudiannya kita dimaklumkan peguamnya, beliau berada dalam keadaan tidak sihat dan diberikan keutamaan untuk mendapatkan rawatan perubatan…
"Pada masa ini kita masih belum pasti sama ada perubatan itu sah atau tidak kerana doktor belum mengesahkannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 28 2018
LIEW: Setelah meneliti semua keterangan, pendakwa raya memutuskan pada 20 Jun lalu bahawa tiada pendakwaan diteruskan atau 'No Futher Action'. - Gambar fail
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Kenyataan tegas, himpunan sudah cukup nyata ketegasan Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan pada Ahad ini juga membuktikan negara benar-benar tegas dalam isu tersebut.
Pembunuhan Ismail Haniyeh ancam cetuskan peperangan serantau di Asia Barat - Menteri Luar
Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh mempunyai beberapa implikasi yang amat besar terhadap kestabilan dan keamanan global.
Penyedia media sosial perlu pastikan persekitaran dalam talian selamat
Penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mempunyai obligasi untuk memastikan persekitaran dalam talian selamat selepas pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan itu.
Dewan Negara lulus RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan membantu mengurangkan liabiliti kepada pekongsi dalam perkongsian konvensional diluluskan Dewan Negara hari ini.
Penyasaran subsidi, bantuan tunai dijangka tidak beri kesan ketara ke atas inflasi - MOF
Kementerian mengekalkan unjuran rasmi inflasi dan pertumbuhan KDNK bagi 2024 kekal masing-masing pada 2.0-3.5 peratus dan 4.0-5.0 peratus.
KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 900 klinik kesihatan di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan konsultasi maya menjelang akhir tahun ini.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap menjelang 2025
Garis panduan lebih baik bagi menguruskan sisa solar panel negara dijangka siap menjelang tahun hadapan.
Laluan Smart Lane di Lebuhraya KLK tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor - Nanta
Pengaktifan laluan Smart Lane di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor.