Penyelam skuba dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Kuala Perlis

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Januari 31, 2017 23:59 MYT
Rakan skuba mangsa menyedari ketiadaan mangsa setelah terdengar bunyi seperti sesuatu telah jatuh ke dalam air. - Gambar hiasan
Seorang penyelam skuba Pulau Payar, Firdaus Mohamad Zulkifli, 19, dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari feri Coral Island 3, berhampiran jeti Kuala Perlis pada jam 8 malam tadi.
Mangsa yang berasal dari Baling, Kedah dikatakan telah terjatuh sebelum tiba di jeti terbabit.
Rakan skuba mangsa menyedari ketiadaan mangsa setelah terdengar bunyi seperti sesuatu telah jatuh ke dalam air.
Beberapa rakan skuba mangsa kemudiannya telah bertindak menyelam bagi menyelamatkan mangsa namun setelah hampir sejam pencarian dilakukan, tiada sebarang petanda mangsa yang dikhuatiri lemas itu ditemui.
Sehingga kini misi pencarian mangsa oleh pihak berkuasa dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) masih dijalankan.
#Firdaus Mohamad Zulkifli #Kuala Perlis #pulau payar #skuba
;