Penyatuan ummah, pembangunan komuniti teras penyelesaian umat Islam - Al-Sultan Abdullah

Harits Asyraf Hasnan
Disember 19, 2019 11:35 MYT
masih ramai umat Islam tertindas dan terperangkap dalam kemelut kemiskinan, kemunduran termasuk tempat tinggal. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Penyatuan ummah dan pembangunan komuniti menjadi teras terpenting dalam menangani pelbagai cabaran yang mendepani umat Islam ketika ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan platform Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) merupakan pentas antarabangsa dalam mencari penyelesaian isu-isu tersebut.
“Saya berbesar hati melihat semua pemimpin, pegawai-pegawai, pemikir dan yang lain bersama pada hari ini.
“Anda mewakili pelbagai lapisan ummah, kepelbagaian komuniti, simbol penyatuan di bawah satu bumbung.
“Kehadiran anda semua hari ini merupakan satu indikasi kepada hala tuju tepat yang kita cari. Bagi beta, kehadiran anda semua merupakan sumber cahaya untuk membantu kita mencapai matlamat dan aspirasi bersama,” titah baginda ketika menyampaikan Titah Diraja Perasmian Sidang Kemuncak KL di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.
Titah baginda, para pemimpin yang hadir mewakili setiap lapisan ummah yang akan membantu mencapai matlamat bersama.
“Anda mewakili pelbagai lapisan ummah, kepelbagaian komuniti, simbol penyatuan di bawah satu bumbung.
“Kehadiran anda semua hari ini merupakan satu indikasi kepada hala tuju tepat yang kita cari.
“Bagi beta, kehadiran anda semua merupakan sumber cahaya untuk membantu kita mencapai matlamat dan aspirasi bersama,” titah baginda.
Kebencian dan tidak bertoleransi semakin memuncak sekali gus memerlukan penyelesaian, titah Al-Sultan Abdullah.
“Kita kini hidup dalam dunia yang luas – dunia yang terbahagi kepada pelbagai kategori hingga kita menentang satu sama lain.
“Sifat kebencian dan tidak bertoleransi semakin memuncak. Laporan berita hari ini dipenuhi dengan kesedihan dan kepedihan disebabkan oleh tragedi dan kematian.
“Bagaimanapun, ia tidak seharusnya berlaku dan kita perlu muhasabah diri untuk mencari keamanan, menjadikan Islam sebagai agama yang menggalakkan rasional, pemikiran saintifik dan etika yang luhur,” titah baginda.
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #KL Summit #KL Summit 2019 #komuniti #Penyatuan Ummah #sidang kemuncak KL 2019 #Tun Dr Mahathir Mohamad #ummah Islam
;