Penyasaran rasionalisasi subsidi RON95 tidak berbangkit - PM Anwar

Umavathi Ramayah
Julai 22, 2024 14:29 MYT
ANWAR: Kalau masalah dengan diesel beritahu, tidak mahu beban rakyat. Tapi kalau tak buat, hasil tak bertambah, hutang tak bertambah. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyasaran rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 tidak berbangkit pada ketika ini.
Sebaliknya, kata beliau, kerajaan ingin terus memberi fokus mengenai penjelasan rasionalisasi subsidi diesel kepada rakyat terlebih dahulu.
"Tak berbangkit dan kita deal dengan diesel, beri kefahaman betul, kadang-kadang dipusingkan.
“Dan saya beritahu, kalau masalah dengan diesel beritahu, tidak mahu beban rakyat. Tapi kalau tak buat, hasil tak bertambah, hutang tak bertambah,” katanya yang juga Menteri Kewangan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, pada Isnin.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Anwar Ibrahim #petrol #rasionalisasi subsidi #RON95
;