Penutupan sementara sebahagian Jalan Sultan Ismail
Bernama
Jun 26, 2018 07:39 MYT
Jun 26, 2018 07:39 MYT
Penutupan sementara sebahagian Jalan Sultan Ismail, di sini ke arah Jalan Kuching Selatan dan Loke Yew dijadualkan semula pada 30 Jun sehingga 1 Julai ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan melibatkan projek River of Life (RoL).
Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) penutupan itu bermula 10 malam hingga 5 pagi.
Sepanjang tempoh itu, kenderaan dari pusat bandar yang menghala ke arah selatan Jalan Loke Yew dan Cheras hendaklah melalui Jalan Kuching utara dan masuk ke persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ipoh untuk menukar laluan (pusingan U), menurut kenyataan itu lagi.
Sebelum ini, jalan berkenaan ditutup sementara dari 23 Jun hingga hari ini bagi kerja-kerja pembinaan sistem pemintas untuk projek RoL. -- Bernama
#DBKL
#Ipoh
#Jalan Kuching
#Jalan Loke Yew
#Jalan Sultan Ismail
#Kuala Lumpur
#penutupan jalan
#river of life