Penutupan lorong jalan di KM6.2, Lebuhraya Kajang Silk selama enam malam bermula hari ini

Bernama
November 24, 2015 09:02 MYT
Kedua-dua penutupan itu akan bermula dari pukul 11 malam hingga 5 pagi bagi kerja mengecat. - Gambar Fail
Satu lorong jalan akan ditutup di KM6.2 Lebuhraya Kajang Silk sejauh 300 meter untuk enam malam bermula esok, demikian menurut MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd.
Syarikat itu dalam kenyataannya Isnin berkata sewaktu penutupan peringkat pertama yang bermula esok hingga 26 Nov, satu setengah lorong sebelah kiri lebuh raya itu (menghala ke Seri Kembangan) akan ditutup.
"Sewaktu penutupan itu, satu lorong akan dibuka kepada pengguna yang menghala ke Lebuhraya Sungai Besi dan Seri Kembangan," tambah kenyataan itu.
Selepas itu, dari 27 hingga 28 Nov, satu setengah lorong kanan Lebuhraya Kajang Silk akan ditutup, dan satu lorong disediakan kepada pengguna yang menghala ke Seri Kembangan dan Sungai Long.
Kedua-dua penutupan itu akan bermula dari pukul 11 malam hingga 5 pagi bagi kerja mengecat.
#Lebuhraya Kajang Silk #MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd
;