Penutupan lorong bagi kerja MRT

Bernama
Januari 8, 2013 23:32 MYT
Sebahagian lorong di Jalan Sultan Ismail selepas persimpangan Jalan Bukit Bintang menghala Jalan Raja Chulan akan ditutup sementara pada sebelah malam, bermula Jumaat ini hingga 22 Jan.
MRT Corp dalam kenyataan di sini hari ini, berkata penutupan itu meliputi jarak 10 meter pada satu-satu masa dan akan dilaksana secara berperingkat dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta mematuhi papan tanda dan arahan lalu lintas yang akan diletak di sepanjang kawasan terbabit.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang MRT di www.kvmrt.com.my atau www.mymrt-underground.com.my atau laman Twitter @MRTMalaysia atau @MyMRT Underground atau menghubungi talian 1800-82-6868.
#jalan ditutup #Jalan Raja Chulan #Jalan Sultan Ismail #MRT
;