Penutupan jalan dari kawasan perindustrian Sungai Chua ke Lebuhraya SILK

Bernama
Disember 2, 2016 21:15 MYT
Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan yang tertera pada papan tanda sementara dan arahan di tapak pembinaan. - Gambar fail
Jalan susur dari Kawasan Perindustrian Sungai Chua untuk masuk ke Lebuhraya SILK ditutup dari 28 Nov hingga 17 Dis bagi kerja-kerja penyenggaraan dan menaik taraf jalan susur itu.
Dalam satu kenyataan, Lebuhraya Kajang SILK menasihatkan pengguna lebuh raya supaya menggunakan laluan alternatif menghala ke Sekolah Rendah Lt Adnan untuk keluar semula ke lebuh raya.
Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan yang tertera pada papan tanda sementara dan arahan di tapak pembinaan.
Orang ramai boleh menghubungi infoline SILK di 03-8921 0123 untuk maklumat lanjut mengenai penutupan jalan. - BERNAMA
#Lebuhraya SILK #Perindustrian Sungai Chua #Sekolah Rendah Lt Adnan
;