Penurunan jumlah kes baharu COVID-19 jadi tumpuan sidang media Dr Noor Hisham

Hilmi Malik
November 25, 2020 18:41 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, terdapat pertambahan empat kes kematian manakala sebanyak 970 kes baharu COVID-19 direkodkan termasuk lima kes import. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Empat kes kematian baharu dilaporkan manakala sebanyak 970 kes baharu COVID-19 direkodkan termasuk lima kes import.
Sementara penurunan jumlah kes baharu dalam tempoh 24 jam antara yang menjadi tumpuan hari ini.
Berikut merupakan tumpuan pada sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 25 November:
1. 970 kes baharu COVID-19, jumlah keseluruhan kes kini 59,817 kes.
2. Sebanyak empat pertambahan kes kematian baharu.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 12,971 kes.
4. Seramai 110 pesakit sedang dirawat di ICU manakala 47 orang lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.
5. Lima lagi kluster baharu dikenal pasti.
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
#Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #KKM #COVID-19 #kesihatan #koronavirus
;