Penuntut UiTM Jengka maut kemalangan
Sinar Harian
Jun 24, 2024 10:00 MYT
Jun 24, 2024 10:00 MYT
MARAN: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka maut selepas terbabit dalam kemalangan di simpang hadapan Balora Mustika Bandar Jengka di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, kemalangan melibatkan motosikal Yamaha R250 dan kereta Nissan Sylphy.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam, mangsa, Ahmad Imran Aiman Md Mubin, 23, beralamat di Felda Lepar Utara 1 yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari UiTM Jengka menghala ke bandar Jengka.
"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta telah keluar simpang di sebelah kanan secara melulu lalu dilanggar oleh motosikal mangsa yang sedang bergerak lurus.
Ujarnya, akibat kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu wanita, 64, dan anaknya berusia 24 tahun mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Jengka, katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Sinar Harian