Penuntut UiTM berbual telefon maut jatuh tingkat 4
Bernama
Julai 16, 2018 13:05 MYT
Julai 16, 2018 13:05 MYT
Seorang penuntut lelaki Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil maut setelah terjatuh dari tingkat empat bangunan asrama institusi itu malam semalam (15 Julai).
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata pelajar jurusan Sains berusia 18 tahun itu dipercayai tergelincir ketika duduk di atas palang balkoni bilik asrama di tingkat empat semasa bercakap telefon dalam insiden 11.32 malam.
"Tiada kesan unsur jenayah dalam kejadian ini," katanya, sambil menambah mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Abdul Aziz berkata walaupun kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), siasatan masih diteruskan.
-- BERNAMA
#Abdul Aziz Ali
#mati mengejut
#maut jatuh bangunan
#palang balkoni bilik asrama
#pelajar jurusan Sains
#SDR
#tingkat empat
#UiTM
#Universiti Teknologi MARA
#unsur jenayah