Penuntut perubatan warga Sweden jatuh kondo, dilihat menari sebelum insiden

Dewi Nur Harasha Alias
Mac 10, 2019 17:00 MYT
Mridu Kaul, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. - Foto PDRM
Seorang penuntut kolej swasta warga Sweden maut selepas terjatuh dari tingkap empat sebuah kondominium di George Town pada Sabtu.
Mridu Kaul, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisoner Che Zaimani Che Awang berkata, dalam kejadian jam 8.40 malam itu, wanita yang juga pelajar perubatan di sebuah kolej swasta di Pulau Pinang itu dikatakan sedang menari sebelum terjatuh dari tingkat empat bangunan berkenaan.
Saksi yang melihat kejadian itu berkata, mangsa dilihat sedang menari dalam keadaan tidak berpakaian di tebing tingkap dan pada satu ketika bertindak membuang sampah dari tingkap bilik sebelum terjatuh.
Che Zaimani berkata, siasatan mendapati, mangsa tinggal bersama rakannya namun ketika kejadian rakan serumah tiada dirumah.
Siasatan pihak polis mendapati rumah mangsa berada dalam keadaan kemas namun bilik mangsa berada dalam keadaan berselerak .
Hasil soal siasat rakan baik wanita itu, mangsa dikatakan mengalami tekanan perasaan selepas gagal dalam ujian dikolejnya.
Dia juga dikatakan putus cinta dengan teman lelaki sejak dua minggu lepas selain mempunyai masalah dengan rakan serumah.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut .
#Asisten Komisoner Che Zaimani Che Awang #cedera #George Town #Hospital #jatuh kondominium #Ketua Polis Daerah Timur Laut #lelaki #maut #mayat #meninggal dunia #pelajar #pelajar tertekan #perubatan #polis #pulau pinang #Sweden #wanita
;