Penunggang motosikal putus kaki digilis lori dalam kemalangan di Kerian
Abd Razak Mohd Ali
Ogos 15, 2022 13:37 MYT
Ogos 15, 2022 13:37 MYT
KERIAN: Seorang penunggang motosikal putus kaki selepas digilis sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 111, Jalan Ipoh - Butterworth, dekat sini, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, dalam kemalangan kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, Muhammad Rofique Muhammad Amin, 35, pemegang kad UNHCR, putus kaki kiri.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku semasa lori dan motosikal berkenaan sedang dalam perjalanan dari Bagan Serai menghala ke arah Parit Buntar.
“Apabila motosikal yang berada bersebelahan dengan tayar belakang kiri lori, tiba-tiba motosikal telah hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan raya.
“Lori yang tidak sempat mengelak lalu telah mengilis penunggang motosikal,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mazuki berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, pemandu lori yang berumur 53 tahun tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat di bawah Sekyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.