Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Dewi Nur Harasha Alias
April 18, 2024 06:45 MYT
April 18, 2024 06:45 MYT
BAYAN LEPAS: Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, di sini, pada petang Khamis.
Mangsa yang juga seorang lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan Lepas.
Menurut sumber Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Barat Daya , pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada jam 5.59 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.
Seramai empat anggota termasuk seorang pegawai dari APM Daerah Barat Daya membantu mengangkat mangsa .
Katanya, mangsa jatuh dari ketinggian bangunan tiga tingkat iaitu kira-kira 30 meter.
"Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri dan dilaporkan telah meninggal dunia di hospital," katanya.