Penunggang motosikal maut dihempap pokok di LPT

Azee Shafy
September 9, 2022 13:37 MYT
Seorang penunggang motosikal maut dihempap pokok di Kilometer 67.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan, hari ini. - Foto JBPM Pahang
BENTONG: Seorang penunggang motosikal maut dihempap pokok di Kilometer 67.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian berlaku berikutan hujan lebat menyebabkan pokok tumbang dan menghalang laluan.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.17 malam, dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Bentong bergegas ke lokasi kejadian.
Mangsa, Muhammad Mustaqim Noir Azhar, 21 yang beralamat di Taman Hijau, Karak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
"Anggota mengeluarkan mangsa yang berada bawah timbunan pokok dengan menggunakan peralatan khas.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan," katanya.
#penunggang motosikal #dihempap pokok #Lebuhraya Pantai Timur #LPT #JBPM Pahang #Muhammad Mustaqim Noir Azha #Pokok tumbang