Penunggang motosikal maut digilis treler
Astro Awani
Jun 28, 2019 14:07 MYT
Jun 28, 2019 14:07 MYT
Gara-gara bergesel dengan sebuah lori treler, seorang penunggang motosikal maut selepas digilis kenderaan tersebut.
Kejadian berlaku di susur Jalan Pelabuhan Utara menghala Jalan Perlabuhan Barat, Pelabuhan Klang, pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.44 pagi itu, mangsa Khairul Ikhwan Mohd Isa, 22 tahun, dari Pasir Panjang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan maut di lokasi kejadian.
Mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha FZ 150 dipercayai sedang menunggang dari arah Pelabuhan Utara menuju ke Klang.
Mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori treler dari arah yang sama sebelum terjatuh dan digilis.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
#digilis treler
#Jalan Pelabuhan Utara
#Jalan Perlabuhan Barat
#Khairul Ikhwan Mohd Isa
#Pelabuhan Klang
#pelabuhan utara
#penunggang motosikal maut
#Yamaha FZ 150