Penunggang motosikal maut digilis selepas rempuh lori simen

Astro Awani
Januari 15, 2020 12:13 MYT
Kemalangan berlaku kira kira jam 7 pagi tadi ketika mangsa Mohd Firdhaus Hashim dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang selepas bertugas syif malam. -Astro AWANI
Seorang kakitangan Perodua, Rawang maut setelah motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori muatan simen di kilometer 15.2, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar) arah Kundang menghala ke Puncak Alam pagi tadi.
Kemalangan berlaku kira kira jam 7 pagi tadi ketika mangsa Mohd Firdaus Hasim, 28, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang selepas bertugas syif malam.
Setelah rebah di tengah jalan raya, mangsa digilis beberapa kali oleh kenderaan lain menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan.
Suasana pilu di tempat kejadian apabila isteri dan anaknya berusia kurang setahun meratap di sisi mangsa.
Siasatan lanjut masih dijalankan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
#Bandar Tasik Puteri #Kundang #latar #mangsa digilis #meratap di sisi mangsa #Mohd Firdhaus Hashim #Perodua #Puncak Alam
;