Penunggang motosikal maut digilis lori
Sinar Harian
September 9, 2021 07:00 MYT
September 9, 2021 07:00 MYT
PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal maut digilis lori dalam kejadian di Jalan Kepong-Sungai Buloh pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, ketika kejadian mangsa berumur 35 tahun menunggang motosikal menuju ke arah Sungai Buloh.
"Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, mangsa terlanggar bahagian belakang sebelah kiri sebuah kereta.
"Akibat pelanggaran tersebut, motosikal mangsa hilang kawalan mengakibatkan mangsa terjatuh di tengah jalan dan digilis sebuah lori," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudiannya disahkan maut di tempat kejadian.
"Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Saksi kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A.Aziz di talian 011-32311232 untuk membantu siasatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian