Penunggang motosikal maut digilis bas di Melaka

Bernama
Oktober 28, 2014 21:52 MYT
Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah bas dalam satu kemalangan di Jalan Batu Hampar. -Gambar fail
Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah bas milik sebuah institusi pengajian tinggi dalam satu kemalangan di Jalan Batu Hampar-Taman Perkota di sini, semalam.
Ketika kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Mohd Yazid Ibrahim, 32, sedang dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Persimpangan Batu Hampar ke Jalan Tun Razak, Lebuh Ayer Keroh sebelum bertembung dengan bas terbabit yang keluar dari arah Persimpangan Taman Perkota.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dipercayai cuba memberhentikan motosikalnya namun gagal.
"Motosikal ditunggang mangsa terperosok di bawah bas berkenaan dan kepalanya digilis tayar kenderaan itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.
#Batu Hampar #Mohd Yazid Ibrahim #Shaikh Abdul Adzis #Taman Perkota
;