Penunggang motosikal maut badan terputus dua dalam kemalangan
Dewi Nur Harasha Alias
November 29, 2019 19:50 MYT
November 29, 2019 19:50 MYT
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di jalan bertingkat Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, menghala ke Batu Maung, petang Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Nor Azli Sharif Hassan, 31, maut dalam keadaan menyayat hati di tempat kejadian apabila badannya terputus dua dari paras pinggang ke bawah.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, memaklumkan, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke sebelah kanan jalan raya.
"Mangsa kemudian terkena tiang lampu di tembok pemisah jalan sehingga menyebabkan badannya terbelah dua.
Mangsa dipercayai dari arah George Town dalam perjalanan ke Balik Pulau meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
#Akta Pengangkutan Jalan
#badan terputus dua
#Balik Pulau
#Batu Maung
#George Town
#Hospital Balik Pulau
#Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu
#Nor Azli Sharif Hassan
#Tun Dr Lim Choong Eu