Kemalangan berlaku kira-kira pukul 9 pagi pada Sabtu.
Lapor New Straits Times, mangsa dikenali sebagai Norhisham Harun,46 merupakan seorang pengurus di syarikat Sapura Acergy yang sedang dalam perjalanan ke Kuantan.
Ketika kejadian Norhisham menunggang motosikal jenis Suzuki GSX 1000 dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Selayang.
Gambar motosikal Norhisham turut dimuatnaik oleh rakannya, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain di laman Facebook beliau, XR Rider.
Menurut Kapten Nik Huzlan yang juga merupakan penunggang dan peminat motosikal berkuasa tinggi, beliau dan Norhisham pernah beberapa kali menunggang bersama pada hujung minggu dan pemergian Norhisham amat mengejutkan beliau.
Sumber Foto : Facebook Puchong Bikers