Penumpang terjatuh dari Feri Pulau Undan

Dewi Nur Harasha Alias
Februari 15, 2019 12:12 MYT
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang jatuh dari feri di Pulau Pinang sudah dimulakan bermula pukul 9.50 pagi Jumaat. - Gambar hiasan
Seorang penumpang feri di Pulau Pinang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Feri Pulau Undan kira-kira pukul 9.20 pagi Jumaat.
Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan, mangsa dipercayai terjatuh di 0.8 batu nautika Barat Laut Terminal Feri Butterworth.
Operasi mencari dan menyelamat sudah dimulakan bermula pukul 9.50 pagi.
Setakat ini identiti mangsa belum dikenal pasti.
#Butterworth #feri #pulau pinang #Pulau Undan
;