Penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas: Ini 5 tumpuan temu bual Dr Chandra Muzaffar

Astro Awani
Januari 12, 2021 07:18 MYT
DR CHANDRA: Situasi politik di Malaysia luar biasa berbanding beberapa negara lain meskipun mereka berdepan masalah yang hampir sama dengan negara ini. -Gambar fail
PENGANALISIS politik, Dr Chandra Muzaffar menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Bebas sepanjang pelaksanaan darurat sebagai perkembangan yang sihat dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.
Berikut merupakan lima tumpuan dalam temu bual Agenda AWANI dengan Dr Chandra pada Selasa (12 Januari 2020):
1. Malaysia sememangnya memerlukan mekanisme supaya dapat mengubah suasana politik negara ini iaitu suhu politik yang begitu tinggi.
2. Jawatankuasa Bebas yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan mampu mengubah suhu panas politik, selain menyelesaikan krisis kesihatan yang sedang dihadapi.
3. Bukan kali pertama darurat diisytiharkan. Sejak 1957, sudah ada darurat yang dilaksanakan di Kelantan dan Sarawak, darurat yang dikaitkan dengan komunis, darurat pada 1969 dan sebagainya.
[LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
4. Situasi politik di Malaysia disifatkan luar biasa berbanding beberapa negara lain meskipun mereka berdepan masalah yang hampir sama dengan negara ini.
5. 'Keistimewaan' itu disebabkan kerajaan yang memerintah ketika ini mempunyai majoriti yang tipis selain keinginan segelintir pihak yang mahu merampas kuasa.
#Dr Chandra Muzaffar #jawatankuasa bebas #darurat #Agenda Awani #politik #pembangkang #Pakar Kesihatan
;