Pentadbir jauhi rasuah, jangan seleweng amanah - Sultan Kedah

Astro Awani
Januari 15, 2017 12:30 MYT
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormat terdiri daripada pegawai dan anggota Batalion Ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-89 di Dataran Wisma Darul A
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menyeru pentadbir dan penjawat awam di Kedah agar menjauhi amalan rasuah, salah guna kuasa dan menyeleweng amanah yang diberikan.
Baginda bertitah, pentadbir bukan sahaja perlu dilihat bersih malah mengamalkan nilai-nilai bersih dan bebas daripada segala elemen korupsi dan nepotisme untuk membolehkan masyarakat umum yakin dengan ketelusan pentadbiran yang dijana.
"Beta menyarankan agar jentera pentadbiran menampilkan kewibawaan dan tumpuan kepada peningkatan produktiviti dengan komitmen yang tinggi."
"Elemen-elemen inilah akhirnya yang membawa kepada pemilihan positif dalam kalangan masyarakat bahawa jentera pentadbiran memiliki integriti dan kredibiliti yang tinggi," titah baginda.
Baginda bertitah demikian sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89, di Istana Anak Bukit, di sini, pagi tadi.
#Rasuah #salah guna kuasa #sultan abdul halim muadzam shah #Sultan Kedah #titah sultan
;