Pensyarah UM didakwa di bawah Akta Hasutan

Wan Syamsul Amly
September 2, 2014 05:39 MYT
Azmi Sharom
Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Prof Dr Azmi Sharom hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan disabitkan dengan pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
Dr. Azmi Sharom bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menghasut berhubung krisis perlembagaan Perak 2009, 15 Ogos lalu dan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Dr. Azmi didakwa kerana artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu), dilaporkan sebuah portal berita pada 14 Ogos.
Dr. Azmi yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Universiti Malaya (PKAUM) dikatakan melakukan kesalahan tersebut di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 15 Ogos.
Dalam pada itu, dia juga didakwa dengan satu lagi dakwaan kerana menerbitkan kenyataan menghasut mengikut Seksyen 4 (1) (c), akta sama.
Kedua-dua kesalahan boleh menyebabkannya dipenjarakan maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-dua sekali.
Hakim, Zanol Rashid Hussain menetapkan 3 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Dr. Azmi yang diwakili peguam Gobind Singh Deo dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
#azmi sharom