Pensyarah Kanan USAS dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 1446H

Abd Razak Mohd Ali
Julai 7, 2024 13:48 MYT
Profesor Madya Ahmad Husni Hassan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri. - Foto Astro AWANI
IPOH: Pensyarah Kanan Universiti Sultan Azlan Shah yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Profesor Madya Ahmad Husni Hassan, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu, hari ini.

Ringkasan AI
  • Profesor Madya Ahmad Husni Hassan, Pensyarah Kanan Universiti Sultan Azlan Shah dan bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M. Beliau menerima hadiah wang tunai RM15,000, pakej umrah bernilai RM9,000, plak, dan sijil.
  • Profesor Datuk Wan Ramli Wan Daud, Fellow Penyelidik Utama Universiti Malaysia, dipilih sebagai penerima Anugerah Saidina Abu Bakar (Tokoh Ar-Ridzuan). Beliau juga menerima hadiah wang tunai RM15,000, pakej umrah bernilai RM9,000, plak, dan sijil.
  • Pelajar Orang Asli dari keturunan kaum Semai, Fifi Norfatin Marjaidi Hirwan, yang mendapat 9A dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, menerima anugerah khas. Beliau menerima hadiah wang tunai RM5,000, peserta plak, sijil, dan turut menerima komputer riba

Pada sambutan itu, Fellow Penyelidik Utama Universiti Malaysia, Profesor Datuk Wan Ramli Wan Daud pula dipilih sebagai penerima Anugerah Saidina Abu Bakar (Tokoh Ar-Ridzuan).
Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai RM15,000, pakej umrah bernilai RM9,000, plak dan sijil.

Anugerah disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena sambutan itu di Hotel Casuaria @ Meru, hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris A'fifullah Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A'fifullah Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Harith Fadzilah Abdul Halim.
Pada sambutan itu juga, guru agama dakwah Teluk Intan, Muhammad Firdaus Kamarudin menerima Anugerah Saidina Ali (Tokoh Belia); pesara yang juga pengasas Rumah Ghaji di Perak, Noor Mazlina Noor Shah menerima Anugerah Siti Khadijah (Tokoh Wanita) dan juruterapi urutan, Robunah Abdul Basir menerima Anugerah Ikon Asnaf.
Masjid An Naim, Taman Rapat Setia, Teluk Intan dipilih menerima anugerah pengurusan masjid terbaik manakala Taman Persemadian Islam Seri Manjung menerima anugerah pengurusan tanah perkuburan Islam terbaik.

Pelajar Orang Asli dari keturunan kaum Semai, Fifi Norfatin Marjaidi Hirwan yang mendapat 9A dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini menerima anugerah khas.

Kesemua mereka menerima hadiah wang tunai RM5,000 peserta plak dan sijil manakala Fifi Morfatin turut menerima komputer riba.
#Tokoh Maal Hijrah Perak #Ahmad Husni Hassan #Sultan Nazrin Muizzuddin Shah #Saarani Mohamad #Sultan Perak
;