PUTRAJAYA: Seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian kontrak bernilai RM46,000 kepada ahli keluarga.
Difahamkan, kontrak berkenaan melibatkan projek pembekalan barang pejabat serta pembelian dan penyelenggaraan mesin jahit di sebuah jabatan universiti berkenaan pada tahun 2015 hingga 2017, yang diberikan kepada kakak dan abang ipar.
Menurut sumber SPRM, wanita dalam lingkungan 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya di sini kira-kira 11 pagi semalam, sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM pada petang selepas selesai diambil keterangan.
Pengarah SPRM Putrajaya, Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021
Wanita berusia 40-an ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 11 pagi semalam, sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM pada petang selepas selesai diambil keterangan. - Gambar fail
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Pengundi Sungai Kandis protes?
Pengundi memberi isyarat protes dengan tidak keluar mengundi menyebabkan kemerosotan jumlah pemilih berdaftar keluar membuang undi pada PRK Dun Sungai Kandis berlangsung semalam.
Faktor sekeliling punca remaja lari dari rumah
Pengaruh masyarakat sekeliling serta kurangnya sokongan keluarga antara punca remaja cenderung untuk lari dari rumah.