Penstrukturan semula ESSCom akan pulihkan keyakinan orang ramai - Lee

Bernama
Julai 9, 2014 23:12 MYT
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye
Penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, akan mengukuhkan dan memulihkan keyakinan orang ramai tentang keselamatan di pantai timur Sabah.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata kewujudan rantaian perintah yang lebih jelas akan membantu meningkatkan keselamatan di wilayah itu dan mengukuhkan kedudukan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mengambil langkah berkesan bagi memastikan pantai timur Sabah bebas daripada pencerobohan dan jenayah.
"Pencerobohan dan kes culik di pantai timur Sabah baru-baru ini menjejaskan dangan teruk keyakinan orang ramai terhadap keselamatan dan pelacongan di sini," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.
Semalam, Najib turut mengumumkan pelantikan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam ESScom DCP Datuk Abd Rashid Harun sebagai Komander ESSCom yang bertanggungjawab bagi perisikan, keselamatan dan pertahanan serta bahagian operasi di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZone).
Pelantikan Abd Rashid berkuat kuasa mulai 15 Julai.
#Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) #Lee Lam Thye #Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
;