Penoreh getah maut terjunam cerun

Nazialita Geynna Maharan
Jun 11, 2018 07:28 MYT
Insiden yang meragut nyawa mangsa itu berlaku di sebuah ladang getah di Bongor. - Astro AWANI
Seorang penoreh getah tidak sempat merayakan Aidilfitri yang hanya tinggal tiga hari apabila maut dalam kemalangan di Kampung Pecah Batu, Ulu Sungai Beh, Bongor, dekat sini pada Isnin.
Dalam kejadian sekitar 10.35 pagi itu, kenderaan jenis pick-up yang dipandu Mohamad Hassan Abdul Rashid, 56 tahun, dipercayai terbabas menjunam ke dalam cerun sedalam 27 meter dan maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa, berkata insiden yang meragut nyawa mangsa berasal dari Felda Bersia itu berlaku di sebuah ladang getah di Bongor.
Menurut Ismail dalam satu kenyataan, hasil bedah siasat di Hospital Gerik mendapati punca kematian mangsa adalah "severe polytrauma secondary" berikutan kemalangan jalan raya.
"Cuaca terang dan kawasan laluan tanah ladang getah itu kering sewaktu kejadian dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986," ujarnya lagi.
#Aidilfitri #Bongor #Gerik #Ismail Che Isa #kemalangan #ladang getah #maut #penoreh getah
;