KUANTAN: Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah, tiga tahun lepas.
Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Moh Roffi Ab Rahman, 58, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas tiga pertuduhan itu pada prosiding hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 18 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Berdasarkan kesemua pertuduhan, Moh Roffi yang bertugas di Unit Perubatan Forensik HoSHAS didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,600 yang dimasukkan secara pindahan wang ke akaun bank miliknya oleh dua individu terlibat dalam kerja pengurusan mayat dan jenazah di sebuah bank di Bandar Pusat Jengka, Bandar Jengka antara 8 April hingga 27 Jun 2021.
Bapa kepada lima orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,400 bagi pertuduhan pertama, denda RM600 bagi pertuduhan kedua dan denda RM1,000 bagi pertuduhan ketiga.
Pada 19 Okt tahun lepas, Moh Roffi mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan menerima wang berjumlah RM3,350 berkaitan kerja pengurusan jenazah di hospital terbabit.
Bagaimanapun, sembilan lagi pertuduhan membabitkan kesalahan sama yang dihadapi Moh Roffi sebelum ini dipertimbangkan sebagai 'take into consideration' (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rifah Izzati Abdul Mutalif manakala tertuduh diwakili peguam Shahidah Muslimah Roslan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024

Moh Roffi (kiri) didenda RM3,000 atas tiga pertuduhan menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah, tiga tabun lepas. - Foto Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Rasuah: Penolong pegawai perubatan dipenjara 2 bulan, denda RM17,500
Tertuduh didapati menggunakan kedudukannya dengan memperakukan syarikat Pella Maju Enterprise milik adiknya bagi pembelian peralatan perubatan.