Penjualan air terawat ke Pulau Pinang masih belum diputuskan - Exco Perak

Abd Razak Mohd Ali
Julai 15, 2020 01:00 MYT
Mohd Zolkafly bercakap kepada media selepas melakukan lawatan kerja bagi meninjau beberapa projek awam di daerah Kuala Kangsar pada Selasa. - Astro AWANI
Kerajaan negeri Perak masih berhasrat untuk menjual air terawat ke negeri Pulau Pinang, bukannya air mentah.
Bagaimanapun, cadangan itu masih belum dimuktamatkan dan masih di peringkat kajian.
Exco Infrastruktur Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, kerajaan negeri masih mengkaji kesan positif dan negatif kerana punca air mungkin dari Sungai Perak.
"Ini semua diambil kira dan kalau kita nak jual pun, kita akan jual air yang bersih.
"Maknanya, air diproses, baru dijual kepada negeri yang lain. Kita tak jual air yang belum dirawat," kata Mohd Zolkafly.
Beliau ditemui selepas melakukan lawatan kerja bagi meninjau beberapa projek awam di daerah Kuala Kangsar pada Selasa.
Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam jawapannya di Parlimen berkata, isu penjualan air antara dua negeri itu belum dapat diselesaikan kerana Pulau Pinang mahu membeli air mentah manakala kerajaan Perak hanya akan menjual air terawat
#air #air mentah #air terawat #exco Perak #jual air #kaji #kerajaan #kerajaan negeri #kesan negatif #kesan positif #Mohd Zolkafly Harun #Parlimen #Perak #pulau pinang #sungai perak #Tuan Ibrahim Tuan Man