Penjenayah dikehendaki 'Nuar Ayam' berjaya ditangkap

Muhafandi Muhamad
Jun 25, 2015 14:12 MYT
Selain itu -Nuar Ayam- juga dipercayai terlibat dalam empat kes pemerasan, melepaskan tembakan dan satu kes rogol.
Polis Kelantan berjaya menangkap penjenayah yang paling dikehendaki yang dikenali sebagai “Nuar Ayam” atau nama sebenar Annuar Mohamed, 37 tahun berasal dari Bachok, Kelantan hasil bantuan Unit Task Force Bukit Aman.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, penjenayah berkenaan dikehendaki bagi membantu siasatan kes tembak mati seorang pemilik kedai peralatan pembinaan di Bachok, Februari lepas dan membantu16 kes samun di negeri ini dan juga di Kajang, Selangor.
Selain itu “Nuar Ayam” juga dipercayai terlibat dalam empat kes pemerasan, melepaskan tembakan dan satu kes rogol.
#Kelantan #nuar musa #polis
;