Penjelasan Istana Negara berhubung proses pengampunan Anwar
Ibrahim Sani
Mei 15, 2018 09:48 MYT
Mei 15, 2018 09:48 MYT
Istana Negara pada Isnin mengeluarkan kenyataan bagi memperjelaskan tentang status proses pengampunan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan dari Istana Negara itu membayangkan situasi dimana Yang di-Pertuan Agong pada awalnya telah berkenan untuk mendengar kes pengampunan pada hari ini15 Mei 2018, namun Pejabat Perdana Menteri yang telah memohon untuk menunda mesyuarat terbabit ke hari Rabu, 16 Mei 2018.
Berikut adalah kenyataan Istana Negara bertarikh 14 Mei 2018, yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Aziz:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berkenan dan berpuashati dengan semua prosedur berkaitan prosiding oleh Lembaga Pengampunan Diraja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah ditetapkan esok (hari ini) hari Selasa 15 Mei 2018 jam 11.00 pagi.
Walau bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri telah memohon supaya mesyuarat tersebut ditangguhkan kepada (hari) Rabu 16 Mei 2018 jam 11.00 pagi.
Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya perkara ini dimuktamadkan pada 16 Mei 2018, Rabu menjelang Ramadan.
Penundaan mesyuarat prosiding Lembaga Pengampunan Diraja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dinyatakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil pada lewat Isnin 14 Mei.
Penjelasan Fahmi adalah susulan sebuah kenyataan awal yang dibuat oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menyatakan bahawa mesyuarat Pengampunan Diraja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlangsung pada 15 Mei.
#Anwar Ibrahim
#bijaya diraja
#Fahmi Fadzil
#Istana Negara
#Lembah Pantai
#Nurul Izzah
#pengelola
#Permatang Pauh
#prison
#Sultan Kelantan
#Sultan Muhammad