Penjawat awam yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan dan merupakan mangsa banjir baru-baru ini, boleh membuat tuntutan insurans, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi @MOFmalaysia untuk mendapatkan maklumat tentang tuntutan insurans," kata perdana menteri.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam akaun Twitternya hari ini bagi mengulas pautan twitter Bernama bertajuk 'Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam'.
Bernama memetik makluman Kementerian Kewangan iaitu penjawat awam yang merupakan mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan, dinasihati mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing.
Tuntutan insurans itu meliputi kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, selain kejadian pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir.
Tuntutan boleh dibuat dengan menghubungi syarikat insurans/takaful yang sedia memberikan perkhidmatan.
Maklumat lanjut boleh dilayari di http://bpp.treasury.gov.my atau menghubungi meja bantuan banjir di talian 03-8880 2121.
Bernama
Mon Dec 30 2013
![Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh membuat tuntutan insurans - Najib Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh membuat tuntutan insurans - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/71386071521_295x200.jpg)
Gambar arkib situasi banjir di Kuantan awal Disember. -Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Thailand perkenal perlindungan insurans untuk galak sektor pelancongan Thailand perkenal perlindungan insurans untuk galak sektor pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708646523_thailand.jpg)
Thailand perkenal perlindungan insurans untuk galak sektor pelancongan
Jika berlaku kematian, kerajaan akan membayar pampasan sehingga 1 juta baht, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Thailand.
![Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701252161_TBTakafuljpg.jpg)
Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.
![Sun Life Malaysia rai ulang tahun sedekad dengan kempen '10 Years Brighter' Sun Life Malaysia rai ulang tahun sedekad dengan kempen '10 Years Brighter'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685448609_TBSUNLIFE.jpg)
Sun Life Malaysia rai ulang tahun sedekad dengan kempen '10 Years Brighter'
10 tahun memperkasa rakyat Malaysia penyelesaian insurans hayat dan takaful keluarga yang inovatif dan patuh Syariah.
![Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672122591_insuranskesihatan.jpg)
Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi.
![Shahanim sumbang insurans bernilai RM100,000 kepada 100 penghantar makanan Shahanim sumbang insurans bernilai RM100,000 kepada 100 penghantar makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653728935_ShahanimMohamadYus.jpg)
Shahanim sumbang insurans bernilai RM100,000 kepada 100 penghantar makanan
Inisiatif ini merupakan langkah awal dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan insurans dalam kalangan masyarakat Sungai Petani.
![Penerima BKM boleh tebus RM75 Baucar Perlindungan Tenang dengan RM5 Penerima BKM boleh tebus RM75 Baucar Perlindungan Tenang dengan RM5](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640250525_Baucar.jpg)
Penerima BKM boleh tebus RM75 Baucar Perlindungan Tenang dengan RM5
Persatuan industri insurans menasihatkan semua penerima BKM supaya memastikan mereka mengetahui kelayakan mereka dengan menyemak portal MyPTV.
![Eksekutif syarikat rugi lebih RM300,000 diperdaya Macau Scam Eksekutif syarikat rugi lebih RM300,000 diperdaya Macau Scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652422611_scamgeneric.jpg)
Eksekutif syarikat rugi lebih RM300,000 diperdaya Macau Scam
Mangsa mendakwa terima panggilan daripada pihak insurans yang memaklumkan dirinya ada membuat pengeluaran wang insurans sebanyak empat kali.
![SOP baharu umrah telah siap - Nancy SOP baharu umrah telah siap - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643264247_MasjidAlHaram.jpg)
SOP baharu umrah telah siap - Nancy
Antara yang diperhalusi ialah masalah kuarantin dan insurans perlindungan jemaah umrah sekembalinya ke tanah air.
![Macau Scam: Pesara awam rugi lebih RM1.6 juta Macau Scam: Pesara awam rugi lebih RM1.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639373409_scmageneric.jpg)
Macau Scam: Pesara awam rugi lebih RM1.6 juta
Seorang wanita yang merupakan pesara awam di Sibu kerugian lebih RM1.63 juta akibat sindiket 'Macau Scam' dalam tempoh dua bulan ini.
![Reformasi, tambah baik aspek pembiayaan penjagaan kesihatan - Nadiah Wan Reformasi, tambah baik aspek pembiayaan penjagaan kesihatan - Nadiah Wan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622767455_doctordna.jpg)
Reformasi, tambah baik aspek pembiayaan penjagaan kesihatan - Nadiah Wan
Penambahbaikan serta reformasi pada aspek pembiayaan penjagaan kesihatan perlu diletakkan sebagai keutamaan.