Penjawat awam Sarawak digesa teruskan perjuangan Adenan

Bernama
Januari 13, 2017 14:30 MYT
Penjawat awam Sarawak, khususnya di Sibu, digesa meneruskan perjuangan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Penjawat awam Sarawak, khususnya di Sibu, digesa meneruskan perjuangan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee berkata hala tuju itu telahpun ditetapkan oleh Adenan melalui 53 prinsip dan tindakan yang diumum Allahyarham sebelum dan semasa pilihan raya negeri lalu.
"Saya rasa ini perkara ini penting untuk dipikul oleh semua penjawat awam negeri, khususnya di Sibu, demi menjaga kepentingan rakyat," katanya yang ditemui pemberita selepas memberi penghormatan dan menandatangani buku ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Ketua Menteri itu di Dewan Suarah Sibu hari ini.
Masyarakat di Sibu berpeluang memberi penghormatan terakhir dan menandatangani buku ucapan takziah tersebut dari 9 pagi hingga 9 malam selama dua hari bermula hari ini.
Adenan, 72, meninggal dunia pada Rabu di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching, berikutan komplikasi jantung.
-- BERNAMA
#Adenan Satem #Hii Chang Kee #penjawat awam #perjuangan #Sarawak #Sibu
;