Penjawat awam Sabah terima bonus RM1,500

Ruzaini Zulkepli
November 17, 2017 09:47 MYT
MUSA mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam di Sabah. - Astro AWANI.
Kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada semua anggota perkhidmatan awam di Sabah bersempena Bajet 2018 kali ini.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman ketika pembentangan Bajet 2018 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
"Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri ini.
"Bayaran bantuan khas ini akan dibuat secara dua kali iaitu RM1,000 pada bulan Januari 2018 dan RM500 lagi dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan," katanya.
#Aidilfitri #bajet #Bajet Sabah #bantuan kewangan #Bonus penjawat awam #hari raya #kerajaan #Ketua Menteri Sabah #Musa Aman #penjawat awam